Bahan
400gram Biskut marie
200g butter
1 cawan serbuk milo
1/2 cawan serbuk koko - ayak
1/2 cawan susu pekat
1/2 cawan air panas
1 biji telur
1 sudu kecil esen vanilla
Cara-caranya
- Lapik loyang dengan kertas parchment atau kertas baking supaya apabila sejuk nanti mudah dikeluarkan.
- Guna loyang berukuran 8"x8".
- Panaskan butter di dalam periuk dan di atas api sederhana sehingga cair.
- Masukkan serbuk milo, susu pekat dan serbuk koko. Kacau sehingga pekat dan sebati.
- Masukkan air panas dan kacau lagi.
- Kemudian masukkan telur dan esen vanilla.
- Kacau sehingga sebati.
- Masukkan biskut marrie yang dah di pecah-pecahkan tadi dan gaul sekata sehingga biskut tersebut menjadi agak lembut.
- Masukkan ke dalam loyang sedikit demi sedikit sehingga habis dan mampatkan biskut tersebut.
Untuk Choc Ganache
Bahan
1 sudu besar butter
200gram milk choc beryls - dicincang
100ml susu full cream/whipped cream
Cara-caranya
- Panaskan susu full cream (cukup sekadar panas sahaja tak perlu sehingga mendidih) Dan Kemudian matikan api
- Masukkan milk choc yang sudah dicincang ke dalam susu full cream dan kacau sehingga choc cair
- Masukkan butter dan kacau sehingga butter tersebut cair.
- Akhir sekali, tuangkan choc ganache ke atas kek batik tadi dan sejukkan dlm peti ais 4 ke 5 jam.
- Keluarkan, potong dan boleh dimakan
Perkongsian oleh: Siti Shamsina di group FB mahn
0 Ulasan