Resepi Ayam Panggang Peri-Peri Ala Nando's - Air Fyer
Resepi Menggunakan Air Fryer Dan Cara Membuat Ayam Panggang Peri-Peri Ala Nando's
Bahan-Bahan
1 ekor ayam (dipotong 4)
6 biji cili padi (kurangkan sekiranya nak kurang pedas)
1 biji capsicum merah
1 biji lemon (diperah jusnya)
2 sudu besar paprika
2 sudu kecil garam
1 sudu besar oregano
1/2 sudu kecil serbuk cili
1/2 cawan minyak sayuran (boleh juga guna minyak zaitun)
5 ulas bawang putih
4 sudu besar cuka
1 sudu kecil serbuk lada hitam
1/4 sudu kecil pewarna merah (takyah pun takpe)
*Cara² nk buat*
Masukkan kesemua bahan (kecuali ayam) ke dalam blender dan proses sehingga sebati. Sos ini akan digunakan untuk memerap ayam. Ia juga boleh dimasak dengan sedikit air sehingga agak pekat dan digunakan untuk mencicah semasa menikmatai ayam nanti. Boleh juga dibuat kuantiti yang lebih besar dan simpan di dalam peti sejuk. Sebaik-baiknya sos ini dibuat awal sehari sebelum digunakan untuk memerap kerana rasanya akan lebih sedap lagi.
Buh dlm AF selama 160°C 20min pertama, pastu terbalikkan 180°C 15min kedua.
Grilled Mix Veges
Brocolli suka hati nak banyak mana
Cauliflower
Cendawan
Bawang Holland hiris²
Carrot
Green capsicum
Cherry tomato..
4 ulas Bawang putih dicincang halus
Butter sesudu beso
Panas kan butter atau minyak sayur, tumis bawang putih, masukkan sume sayur cendawan, carrot dan sayur2 lain. Masukkan kuah sos lebihan perapan ayam. Gaul rata2. Pastu masuk dlm AF dgn suhu 180°C selama 5min. Siap
0 Ulasan